Menyelami Kebenaran Islam

Kisah Tauladan | Keikhlasan | Kerana Allah
Bersabar | Cinta | Rezeki
Kemaafan | Ibadah

Hubungi Saya
Menu
+ Tumblr

| Pembaca Setia | Paparan
Cantik Di Sudut Agama
dicatat pada 12/16/2013 01:19:00 PG



Assalamualaikum buat wanita yang sudi meluangkan masa,membaca risalah ini serangkap dua,membentuk lembaran yang sungguh bermakna.

   Kali ini saya ingin bertanya khabar kepada anda di luar sana yang bergelar wanita.Sudahkah anda bersedia dengan kelengkapan ilmiah di dalam diri?

Apa khabar iman anda hari ini?

   Ya,saya sendiri dalam proses pemantapan.Tiada istilah untuk mengatakan iman kita sudah cukup sempurna selagi bergelar manusia.Begitu saya,begitu jugalah saudari dan saudara.

   Alhamdulillah,saya ingin berkongsi sedikit cerita.Dalam era yang mercu kegemilangan ini,saya perhatikan,sudah ramai yang mula berhijrah di kalangan wanita.Dari yang botak,kepada berhijab.Dari yang memakai jilbab adik,kepada jilbab untuk saiz sendiri.Saya akui perkara ini di Malaysia.Tapi....masih ada tapinya.Tapi adakah kita benar-benar bersedia dengan segala tuntutan agama?

   Maksud saya,keikhlasan di dalam hati.Inilah perkara pokok dalam meneruskan mujahadah kita.Kenapa tiba-tiba saya tekankan perkara ini?Kerana sayangnya saya kepada anda yang membaca termasuk diri kita sendiri.Kenapa?

   Kerana,kadang-kadang kita sudah betul-betul ikhlas dalam melakukan sebarag ibadah,tapi sayangnya ilmu tidak mencukupi.Ilmu dalam beribadah adalah segala-galanya.Tanpa ilmu,kita tidak akan tahu,fadilat atau aspek lain yang terdapat dalam sesuatu ibadah yang kita lakukan.Mari bersama kita membuka mata untuk mencari kekuatan dalam beribadah melalui ilmu.

   Bacalah buku,mengikut apa yang ingin kita istiqamahkan.Sayang sekali kalau kita beribadah,tetapi kita tidak tahu hakikat di sebalik ibadah tersebut.Apa beza wudhu' kita dengan wudhu' budak tadika?Kalau ilmu mengenainya kita tidak miliki.Samalah seperti budak tadika yang mengikut ajaran pengasuh mereka tanpa mengetahui hakikat dalam ibadah tersebut.

*Wahai diri yang menulis,Wahai diri yang membaca,ayuh kita mencari keredhaan Illahi,disebalik keikhlasan yang kita kejari

Label: , ,

Catat Ulasan