Menyelami Kebenaran Islam

Kisah Tauladan | Keikhlasan | Kerana Allah
Bersabar | Cinta | Rezeki
Kemaafan | Ibadah

Hubungi Saya
Menu
+ Tumblr

| Pembaca Setia | Paparan


Terus Membaca:

Cantik Di Sudut Agama

dicatat pada 12/16/2013 01:19:00 PG



Assalamualaikum buat wanita yang sudi meluangkan masa,membaca risalah ini serangkap dua,membentuk lembaran yang sungguh bermakna.

   Kali ini saya ingin bertanya khabar kepada anda di luar sana yang bergelar wanita.Sudahkah anda bersedia dengan kelengkapan ilmiah di dalam diri?

Apa khabar iman anda hari ini?

   Ya,saya sendiri dalam proses pemantapan.Tiada istilah untuk mengatakan iman kita sudah cukup sempurna selagi bergelar manusia.Begitu saya,begitu jugalah saudari dan saudara.

   Alhamdulillah,saya ingin berkongsi sedikit cerita.Dalam era yang mercu kegemilangan ini,saya perhatikan,sudah ramai yang mula berhijrah di kalangan wanita.Dari yang botak,kepada berhijab.Dari yang memakai jilbab adik,kepada jilbab untuk saiz sendiri.Saya akui perkara ini di Malaysia.Tapi....masih ada tapinya.Tapi adakah kita benar-benar bersedia dengan segala tuntutan agama?

   Maksud saya,keikhlasan di dalam hati.Inilah perkara pokok dalam meneruskan mujahadah kita.Kenapa tiba-tiba saya tekankan perkara ini?Kerana sayangnya saya kepada anda yang membaca termasuk diri kita sendiri.Kenapa?

   Kerana,kadang-kadang kita sudah betul-betul ikhlas dalam melakukan sebarag ibadah,tapi sayangnya ilmu tidak mencukupi.Ilmu dalam beribadah adalah segala-galanya.Tanpa ilmu,kita tidak akan tahu,fadilat atau aspek lain yang terdapat dalam sesuatu ibadah yang kita lakukan.Mari bersama kita membuka mata untuk mencari kekuatan dalam beribadah melalui ilmu.

   Bacalah buku,mengikut apa yang ingin kita istiqamahkan.Sayang sekali kalau kita beribadah,tetapi kita tidak tahu hakikat di sebalik ibadah tersebut.Apa beza wudhu' kita dengan wudhu' budak tadika?Kalau ilmu mengenainya kita tidak miliki.Samalah seperti budak tadika yang mengikut ajaran pengasuh mereka tanpa mengetahui hakikat dalam ibadah tersebut.

*Wahai diri yang menulis,Wahai diri yang membaca,ayuh kita mencari keredhaan Illahi,disebalik keikhlasan yang kita kejari

Label: , ,



Terus Membaca:

Sebarkan Ia Wahai Manusia

dicatat pada 3/29/2013 08:13:00 PG



Betapa manusia pada hari ini semakin alpa mengejar ilmu duniawi,sehinggakan mereka kesuntukan masa untuk mempelajari ilmu akhirat.Sewajarnya bagi ummat islam,untuk memperuntukkan masa untuk mempelajari ilmu akhirat tersebut,bagi memastikan keimanan yang ada dalam diri sentiasa terpelihara walaupun hanya melalui pembacaan bahan Ilmiah.

Bertambah buruk lagi,andai ilmu yang kita pelajari tidak diaplikasikan dalam kehidupan.Jadilah seperti pepatah Melayu "Mencurah air ke daun keladi".Tiada perkara yang bermanfaat yang diperolehi.Cuba kita perhatikan dunia pada hari ini,tidak perlu pergi jauh,lihatlah dalam negara kita sendiri.Boleh dikatakan,semua rakyat islam di Malaysia mendapat didikan agama yang sepenuhnya semenjak di bangku sekolah lagi.Namun,apa yang kita perhatikan,jenayah dan maksiat terus bermaharajalela.Lebih membimbangkan ia melibatkan bangsa Melayu yang bergelar Islam.Nilailah diri kita sendiri.Di mana dan bagaimana untuk kita berperanan dalam mengatasi masalah ini.



Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
 "Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka".

(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)


Berdasarkan hadis ini,kita dapat perhatikan,bagaimana ancaman yang ditunjukkan ke atas kita bagi orang yang berilmu,tetapi tidak mahu menyebarkannya kepada orang yang lain.Begitu jugalah dalam aspek Amar Makruf Nahi Mungkar.Belajarlah untuk menegur kesalahan orang lain,walaupun ianya suatu tindakan yang sungguh pahit untuk dilakukan,namun ingatlah kemanisan yang bakal kita perolehi,insyaallah kemanisan Iman.Lihatlah orang di sekeliling kita,ibu bapa,adik-beradik,atau yang lebih memberi impak,kawan sebaya yang sering berdamping dengan kita.


Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
 "Siapa yang ingin melihat orang yang dimerdekakan Allah daripada neraka, maka lihatlah para murid-murid(pelajar agama) maka demi Allah yang jiwa Muhammad di tanganNya, tiada seorang pelajar yang berulang-alik ke pintu orang alim melainkan Allah menulis untuknya bagi tiap-tiap huruf yang dipelajari dan tiap langkah sama dengan ibadah satu tahun, dan untuk tiap langkah satu kota di syurga, dan tiap ia berjalan dimintakan ampunan oleh bumi dan tiap pagi dan petang tetap diampunkan dosanya, dan disaksikan oleh malaikat bahkan mereka berkata: Mereka inilah yang dimerdekakan oleh Allah dari api neraka".
(Hadith riwayat Abu Laith al-Samarqandi dalam Tanbih al-Ghafilin)


Sebagai kongklusi,marilah kita bersama-sama menyahut tuntutan Rasulullah S.A.W.  untuk terus berjihad di jalan Allah S.W.T. dalam membimbing diri sesama manusia,apatah lagi diri kita.Dengarkan sedikit Mada Bicara daripada saya:


Di situ ada kemanisan yang enak,
Di situlah akan si semut berganjak,
Perkongsian ilmu,jangan ditolak,
Setelah dapat,ayuh bergerak,

Menuju Redha Illahi,Insyaallah dapat.

Label: