Menyelami Kebenaran Islam

Kisah Tauladan | Keikhlasan | Kerana Allah
Bersabar | Cinta | Rezeki
Kemaafan | Ibadah

Hubungi Saya
Menu
+ Tumblr

| Pembaca Setia | Paparan


Terus Membaca:

Perubahan Di Alaf Moden

dicatat pada 10/16/2013 11:57:00 PTG



Perubahan di alaf moden?Apa yang cuba pengarang kongsikan adalah mengenai rialiti dunia hari ini.Kita dapat lihat dengan lebih jelas lagi melalui laman sosial samada Facebook,Twitter,Blog atau sebagainya.Kita dapat lihat perkongsian daripada pelbagai jenis manusia.Pelbagai ragam bicara yang dikongsi melalui kotak yang tidak berlidah,iaitu kotak status.Satu persatu status bertalu-talu memenuhi ruang halaman laman sosial,itupun kalau ramai kawan yang di addkan.

   Apa yang cuba pengarang kongsikan di sini adalah,mengenai pelbagai status mujahadah yang timbul di alaf moden ini.Kalau zaman dahulu,perubahan itu akan dilihat apabila seseorang itu betul-betul berada di depan mata kita.Namun corak dunia dan zaman tidak serupa.Hari ini kita dapat melihat gelagak manusia hanya dengan berada di kaca elektronik yang bersambung dengan seluruh wayar dunia.

  Persoalan timbul di sini,apabila kita mengenali satu manusia dalam dua dunia yang berbeza.Dibandingkan dengan zaman dahulu,kita mengenali rakan kita hanya di dunia rialiti.Namun hari ini,rialiti itu hidup di alam maya yang beribukan Internet.Kadang-kadang kita bingun dengan sikap segelintir manusia yang hanya pandai berkongsi perkara-perkara yang baik di Facebook katakan.Lebih teruk lagi apabila kita tak sanggup dengan perkongsiannya itu yang menyebabkan kita membuka aibnya dimerata tempat,kononnya supaya orang mengetahui dirinya yang sebenar.Sehinggakan kita sendiri yang menjadi bahan bakar keramat yang diundang ke dalam hati kita sendiri.

   Sesuatu yang menyakitkankah untuk kita menerima sebarang kebaikan?Anda jawab sendiri.Pengarang tidak menafikan,adalah sesuatu yang menyekitkan(menjengkelkan) hati apabila berdepan dengan manusia yang Hipokrik.Yang hanya berlagak alim di laman sosial.Sedangkan di dunia rialiti hanyalah seperti seeokr ular yang berbisa di dalam semak,tetapi berlagak alim ulamak di alam maya.Memang dan memang,kadang-kadang sukar diterima.

  Tapi,apa yang cuba pengarang kongsikan di sini adalah,kenapa harus persoalkan kebaikan yang dibuat?kenapa harus menjadi tukang tilik yang mengkaji dirinya yang buruk?


Cuba kita bayangkan andai kata kita menyampah dengan kebaikan yang ditunjukkan di Facebook sebagai contohnya,lalu kita remove dia dari Friend list kita?Adakah kita akan dapati lagi statusnya yang berbentuk peringatan kepada kita?Sedangkan peringatan setiap saat di dunia ini datangnya daripada Allah kepada kita.Tetapi kerana sikap kita yang berlagak suci berbandingnya menyebabkan kita tidak boleh menerima apa yang dikongsi.Fikirkan buat seketika.

   Setiap yang baik itu seharusnya kita terima dengan hati yang terbuka.Samada dia amalkan ataupun tidak itu hubungan dia dengan Allah.Sebaiknya kita tegur dengan berhikmah apabila bersemuka.Sayang sekali kalau peringatan yang ada di depan mata kita benci.Selagi benda itu tidak bercanggah dengan agama Islam,cubalah untuk menerima seadanya.Jangan cepat mengkritik dan mencaci.Samada dia benar-benar berubah atau tidak itu terpulang kepada dia.Yang penting kita Support perubahan yang cuba untuk dia bawakan.Andai kata kerana kritikan kita,mujahadahnya terhenti?Sejauhmana kita berdosa selagi dia lemah dengan kata-kata kita yang kotor.

   Sama-samalah kita berubah dan menyukai perubahan yang baik.Insyaallah kita akan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Label: ,



Terus Membaca:

KeranaMu Ya Allah

dicatat pada 2/04/2012 03:35:00 PG



Assalamualikum w.r.t............
Kita hidup masing-masing memilik matlamat dan hala tuju yang tersendiri.Cita-cita yang dicipta berdasarkan atas pilihan yang tersendiri.Perbezaan yang berlainan mengikut kehendak seseorang.Namun adakah kita menyedari,bahawa matlamat dunia ini adalah untuk persinggahan sementara untuk bekalan akhirat.Islam tidak pernah memandang sebelah mata akan kehidupan di dunia,tetapi menginginkan manusia agar menstabilkan kehidupan dunia dan akhirat.

Hidup biarlah dengan matlamat yang jelas,agar hala tuju kita memandu kehidupan boleh berjalan lancar.Apa yang lebih penting adalah,keyakinan terhadap diri kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Kadang-kadang untuk membuat sesuatu kebaikan memang mudah,namun adakah kita melakukan amalan tersebut semata-mata kerana Allah?Atau sekadar menunjuk-nunjuk yang kita ini orang yang baik?Renunglah bersama.

Ustaz pernah menasihatkan saya katanya:


Kita ini sememangnya manusia yang lemah,kadang-kadang kita melakukan sesuatu kebaikan adalah semata-mata untuk mendapat perhatian.Walaupun ianya sekadar perasaan dan mainan hati,bersegeralah beristighfar,kerana yang buruk itu adalah mainan syaitan.


Kata-kata ustaz ini menyebabkan saya sedar,bahawa kadang-kadang kita buat sesuatu pekerjaan yang baik,jauh dalam hati kita bukan kerana Allah,tetapi kerana sesuatu yang lebih diharapkan.Begitu juga dengan menyukai dan membenci sesuatu.Mulai hari ini,marilah kita belajar dan mengamalkan bahawa apa yang kita lakukan atau apa yang kita suka dan benci,hendaklah kerana Allah,kerana itulah sebaik-baik pilihan kepada kita.

Label: