Menyelami Kebenaran Islam

Kisah Tauladan | Keikhlasan | Kerana Allah
Bersabar | Cinta | Rezeki
Kemaafan | Ibadah

Hubungi Saya
Menu
+ Tumblr

| Pembaca Setia | Paparan
Belajar Untuk Memaafkan
dicatat pada 11/04/2012 02:47:00 PG


Mungkin ada sedikit kesukaran kepada diri kita untuk memaafkan kesalahan orang lain.Namun,sedarkah kita bahawa Rasulullah sendiri sudah menerima pelbagai keritikan dan cemuhan dalam usahanya untuk berdakwah ke jalan Allah S.W.T.Walaupun dia sentiasa diuji dan dicaci,namun tidak pernah sekalipun dia menyimpan dendam,malah berdoa kepada Allah akan kesejahteraan dan kesedaran kepada pengkhianat yang mengkhianatinya.Diriwayatkan daripada al-Abbas r.a., daripada Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluarga-keluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi rasul dan penutup segala nabi) dan sebaik-baik keluarga di kalangan mereka. (asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir daripada perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah)”.
 (Hadith Riwayat at-Tirmizi dengan sanad yang sahih).

 Sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W kita sewajarnya mencontohi sikap yang ada pada dirinya.Kemaafan kepada orang lain tidak semestinya kita menanti mereka yang bersalah untuk menemui kita,sebaliknya dengan redha dengan apa yang telah dilakukan oleh mereka kepada diri kita.Belajarlah untuk memaafkan,kerana dengan melaksanakan amalan tersebut,insyaallah kita akan mendapat ketenangan jiwa.Mungkin dengan mengingati kesalahan mereka hanya membawa kepada sakit hati dan membuka peluang kepada syaitan untuk menghangatkan lagi perasaan kita.

Kita selalu berdoa agar diampunkan dosa oleh Allah S.W.T.Jadi,ada eloknya sekiranya kita memaafkan kesalahan orang lain kerana dosa sesama manusia hanya boleh terhapus dengan sesama manusia.Kalau bukan kita yang memaafkan kesalahan mereka,siapa lagi?

Firman Allah:
Maksudnya:"jadilah kamu pemaaf dan suruhlah dengan perkara yang baik serta berpalinglah(jangan hiraukan) orang2 yang jahil"(Surah al-A'raf:199)

Rasulullah saw bertanyakan malaikat Jibril mengenai takwil ayat ini.Jibril menjawab:

"Wahai Muhammad!Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menghubungkan tali silaturrahim dengan sesiapa yang memutuskannya,memberi kepada orang yang tidak memberikan kepadamu dan memaafkan mereka yang telah menzalimi kamu"

Dengan kemaafan yang kita berikan kepada orang lain,kita bukan sahaja memperolehi ketenangan jiwa,malah boleh mengeratkan lagi tali silaturrahim kita sesama manusia.Janganlah kita yang menjadi api kepada diri kita,menyimpan dendam sehinggakan diri sendiri yang terbakar dengan kemarahan hati.Tetapi belajarlah untuk menjadi pendingin kepada jiwa dan hati,agar diri sentiasa tenang dengan hati yang suci.

Label:

Catat Ulasan