Menyelami Kebenaran Islam

Kisah Tauladan | Keikhlasan | Kerana Allah
Bersabar | Cinta | Rezeki
Kemaafan | Ibadah

Hubungi Saya
Menu
+ Tumblr

| Pembaca Setia | Paparan
Rezeki Yang Halal,Menjamin Keberkatan Hidup
dicatat pada 3/03/2012 04:27:00 PG



Secara koseptualnya "Rezeki Yang Halal Menjamin Keberkatan Hidup" ditakrifkan dengan erti kata lain sebagai "Nikmat kurniaan Allah yang terbaik,akan melahirkan manusia yang memiliki kehidupan yang terbaik,sama ada di dunia mahupun di akhirat".Namun,bagaimanakah yang dikatakan Rezeki Yang Halal Menjamin Keberkatan Hidup?Sebagai muslim,kita telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk mencari dan menggunakan rezeki yang halal dalam segenap kehidupan.Penggunaan istilah rezeki kebiasaannya lebih merujuk kepada makanan,namun secara keseluruhannya rezeki boleh membawa maksud sebarang pekerjaan atau lebih difahami segala kurniaan Allah kepada manusia.

Kita diwajibkan oleh Allah S.W.T untuk mencari rezeki yang halal kerana dengan rezeki yang halal sahajalah kita akan mendapat keredhan Allah S.W.T.Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nahl ayat yang ke 114 yang bermaksud:

Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang diberikan Allah kepadaMu,dan syukurilah nikmat Allah,Jika kamu hanya menyembah kepadanya. 


Berdasarkan firman Allah S.W.T ini,jelas menunjukkan kepada kita bahawa,sebagai Muslim kita diwajibkan untuk mencari rezeki yang halal dalam segenap kehidupan.Kewajipan ini tidak seharusnya dipandang enteng oleh sekalian Muslim,kerana ianya merupakan tuntutan agama kepada kita.Dengan melaksanakan tuntutan tersebut,insyaallah kita akan mendapat keredhan Allah S.W.T.

Benteng Wabak Penyakit

Dengan rezeki yang halal juga,kita akan dapat mengelakkan diri daripada pelbagai jenis penyakit,sebagai contoh dalam konteks pemakanan.Seperti yang kita sedia maklum,setiap ketentuan,ada hikmahnya.Memetik firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nahl yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atasmu bangkai,darah,daging babi dan segala yang disembelih bukan dengan nama  Allah.

Dalam kandungan ayat ini,kita dapat lihat bahawa terdapatnya larangan memakan daging babi,atau dalam bahasa lembutnya khinzir.Mungkin ada dikalangan kita yang masih tertanya-tanya,apakah ikmah disebalik laragan Allah S.W.T ini?Menurut Doktor Ibrahim Kazim dalam rencana penulisannya,e “Medical Aspects of Forbidden Food in Islam" telah menjelaskan penyakit yang dibawa disebabkan daging khinzir.Menurutnya "Khinzir adalah pemakan bangkai yang memakan apa sahaja,ianya boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada manusia,khususnya penyakit parasit".Jadi jelaslah,setiap pengharaman Allah S.W.T terhadap makanan yang haram ada hikmahnya yang tersendiri.

Penghalang Bahana Api Neraka 

Lebih daripada itu,dengan rezeki yang halal jugalah kita akan dapat menjauhkan diri daripada bahana api neraka.Sudah menjadi doa kita sebagai seorang muslim agar dihindarkan diri daripada bahana api neraka.Begitulah juga kaitannya terhadap pengharaman Allah S.W.T terhadap rezeki yang haram,sebagai contoh dalam konteks pemakanan.Dalam sebuah Hadis Riwayat Al Hafiz Ibnu Mardawaih,daripada Ibnu Abbas r.a ada meriwayatkan yang bermaksud "Mana-mana hamba yang tumbuh,yakni membesar daging badannya dari rezeki yang haram,maka api nerakalah yang lebih utama baginya".

Doa Termakbul dengan Rezeki yang Halal

Dengan rezeki yang halal jugalah yang boleh menjamin doa kita dimakbulkan oleh Allah S.W.T.Dalam kita sibuk mengejar matlamat kehidupan kita sebagai seorang muslim,kita semestinya tidak akan dapat lari daripada memohon pertolongan daripada Allah S.W.T.Termasuklah dengan memakan makanan yang haram.

Daripada Hadis Riwayat Muslim,Rasulullah S.A.W ada bercerita mengenai seseorang yang berada dalam kesusahan,kerungsingan dan memakai pakaian compang-camping menadah tangan,sambil berseru,"Ya RabbI,Ya Allah,Ya Tuhanku",sedangkan dia makan,minum dn memakai pakaian adalah daripada hasil yang haram dan tidak halal.Maka,mana mungkin doanya dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Justeru itu benarlah,dengan berbekalakan rezeki yang Halal,insyaallah kita akan mendapat kebahagiaan dan keberkatan hidup sama ada di dunia mahupun di ahirat,kerana rezeki yang halal itulah merupakan nikmat kurniaan Allah yang terbaik.Oleh itu marilah kita bersama-sama menjaga pengambilan rezeki kita,agar boleh menjamin segala yang diambil adalah yang Halal lagi Baik.Insyaallah.

Label:

Catat Ulasan