Menyelami Kebenaran Islam

Kisah Tauladan | Keikhlasan | Kerana Allah
Bersabar | Cinta | Rezeki
Kemaafan | Ibadah

Hubungi Saya
Menu
+ Tumblr

| Pembaca Setia | Paparan
Mencari Cinta Yang Abadi
dicatat pada 3/01/2012 10:37:00 PTG



Manusia dan percintaan semestinya tidak akan dapat lari antara satu sama lain,kerana ianya merupakan lumrah dalam kehidupan manusia.Namun dengan cinta,ada yang dapat mengecapi kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat,begitu jugalah sebaliknya ada yang terjerumus ke lembah kehinaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.Cinta kepada manusia,cinta yang murni kerana dapat melahirkan kasih-sayang dalam diri masing-masing.Tetapi kebenaran cinta sesama manusia hanya akan dikatakan suci apabila mereka sudah menjadi halal untuk mendampingi.Sekiranya percintaan itu tidak dipelihara dan digunakan dengan sebaiknya,cinta tersebut boleh menjadi kuman kepada mereka yang dapat merosakkan kehidupan mereka.

Sedarkah kita sebagai seorang muslim,kita sebenarnya harus mengutamakan cinta kita kepada Allah S.W.T terlebih dahulu,kerana cinta kepadaNya sahajalah yang merupakan cinta yang abadi.Andai sahaja kita menjaga cinta kita denganNya,insyaallah kita akan mengenal cinta yang sebenar-benarnya di dunia ini.Jika benar kita mencintai Allah S.W.T,buktikanlah dengan amalan zahir kita.Sebab itulah kita sebagai seorang Islam harus menyedari apa itu kelemahan dan kekuatan Iman dalam diri kita sebagai seorang muslim.

Iman menurut hukum syarak bermaksud,mengaku dengan lidah,membenarkan dalam hati akan kewujudan dan keEsaan Allah S.W.T dan dibuktikan melalui amalan yang zahir secara penuh rasa tawadhuk hanya semata-mata kerana Allah S.W.T.Bagaimana untuk mendapatkan Iman yang sejati adalah dengan sentiasa menjaga hubungan kita denganNya.Melaksanakan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang adalah pokok kepada kemanisan Iman.Apabila kita menjaga kedua-duanya.Kita akan dengan sendirinya dapat menghayati cinta yang sebenar.

Cinta kepada Allah S.W.T bukan sahaja merupakan cinta yang abadi,malah ianya merupakan tunjang utama kepada cinta-cinta yang lain.Manusia itu tidak akan dapat memahami dang mengerti apa itu cinta,sekiranya mereka sendiri tidak pernah mencintai Allah S.W.T.Cinta kepada Allah S.W.T dapat membuktikan kepada manusia cinta yang suci dalam kehidupan sama ada sesama manusia dan makhluk-makhluk yang lain.Hal ini demikian kerana,seseorang yang baik itu hanya untuk orang yang baik.

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" 
(QS.An Nuur:26)

Jadi,jika benar kita mencintai Allah S.W.T barulah kita akan dapat mengenal siapakah yang benar sesuai untuk kita,dalam usaha untuk terus mencintai Allah dan terus mengecapi bahagia dangan pasangan sama ada di dunia mahupun di akhirat.
.

Label:

Catat Ulasan