Menyelami Kebenaran Islam

Kisah Tauladan | Keikhlasan | Kerana Allah
Bersabar | Cinta | Rezeki
Kemaafan | Ibadah

Hubungi Saya
Menu
+ Tumblr

| Pembaca Setia | Paparan
KeranaMu Ya Allah
dicatat pada 2/04/2012 03:35:00 PG



Assalamualikum w.r.t............
Kita hidup masing-masing memilik matlamat dan hala tuju yang tersendiri.Cita-cita yang dicipta berdasarkan atas pilihan yang tersendiri.Perbezaan yang berlainan mengikut kehendak seseorang.Namun adakah kita menyedari,bahawa matlamat dunia ini adalah untuk persinggahan sementara untuk bekalan akhirat.Islam tidak pernah memandang sebelah mata akan kehidupan di dunia,tetapi menginginkan manusia agar menstabilkan kehidupan dunia dan akhirat.

Hidup biarlah dengan matlamat yang jelas,agar hala tuju kita memandu kehidupan boleh berjalan lancar.Apa yang lebih penting adalah,keyakinan terhadap diri kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Kadang-kadang untuk membuat sesuatu kebaikan memang mudah,namun adakah kita melakukan amalan tersebut semata-mata kerana Allah?Atau sekadar menunjuk-nunjuk yang kita ini orang yang baik?Renunglah bersama.

Ustaz pernah menasihatkan saya katanya:


Kita ini sememangnya manusia yang lemah,kadang-kadang kita melakukan sesuatu kebaikan adalah semata-mata untuk mendapat perhatian.Walaupun ianya sekadar perasaan dan mainan hati,bersegeralah beristighfar,kerana yang buruk itu adalah mainan syaitan.


Kata-kata ustaz ini menyebabkan saya sedar,bahawa kadang-kadang kita buat sesuatu pekerjaan yang baik,jauh dalam hati kita bukan kerana Allah,tetapi kerana sesuatu yang lebih diharapkan.Begitu juga dengan menyukai dan membenci sesuatu.Mulai hari ini,marilah kita belajar dan mengamalkan bahawa apa yang kita lakukan atau apa yang kita suka dan benci,hendaklah kerana Allah,kerana itulah sebaik-baik pilihan kepada kita.

Label:

Catat Ulasan